Senin, 03 November 2014

Definisi Sihir

DEFINISI SIHIR
Sihir adalah satu perbuatan hasad dengki
dan sabotase melibatkan bantuan jin dimana
seseorang tersebut meminta bantuan
daripada dukun ataupun pun meminta
secara terus dengan syaitan untuk
melaksanakan hajat buruk mereka. Sihir
tergolong dalam kejahatan yang dikehendaki
Allah S.W.T. Wujudnya ia di dunia ini
sebagai ujian dan cobaan, walaupun tidak
di ridhoi_Nya.
Allah S.W.T. melarang
manusia melakukannya.
Definisi ringkas yakni, "Suatu perbuatan yang
dilakukan dengan syarat-syarat yang
tertentu, dibawah keadaan dan persiapan-
persiapan yang aneh dengan cara-cara yang
misterius.
Terdapat perbedaan yang tipis
antara sihir dengan mukjizat. Mukjizat
mengubah sesuatu hakikat ( realiti ) dengan
percobaan yang betul-betul terjadi, dan
mukjizat inilah yang menjadi rahasia masuk
Islamnya para penyihir Fir'aun.
Jenis-jenis sihir adalah :--Sihir
Rumah Tangga/Perceraian-Sihir Pengasih/
Guna-guna-Sihir Tipuan Pandangan/Silap
Mata-Sihir Gila-Sihir Santau-Sihir Kelesuan
Badan-Sihir Penyakit Anggota Badan-Sihir
Tanda-tanda Terkena Sihir
Sakit kepala selepas waktu ashar.
Badan terasa berat dan malas.
Badan terasa bisa-bisa.
Sakit ketika ziarah orang meninggal.
Sukar tidur malam.
Sakit pinggang tanpa sebab.
Dada terasa sakit  bila waktu ashar.
Mimpi melihat binatang seperti ular dan
sebagainya.
Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
Bermimpi di tempat tinggi.
Bermimpi di tempat yang kotor.
Sakit anggota badan tertentu seperti kaki
selepas waktu ashar
Suami isteri kerap bertengkar walau perkara
kecil.
Sayang melampau-lampau pada orang yang
baru dikenali.
Panasbaran.
Sikap berubah secara mendadak.
Gelisah dan panas ditengkuk.
Suka melakukan tabiat buruk.
Kerap sendawa.
Gagal melakukan hubungan intim.
Bermimpi seram yang menakutkan.
Sering tindihan ketika tidur.
Selalu melihat kelibat dirumah.
Kerap mendengar sesuatu bisikan dan melihat jin.

CARA MENGATASI GEJALA SIHIR
Apabila telah disahkan seseorang itu terkena
sihir dari segi fizikal, mental atau
spiritual, maka dalam dalam konsep Islam,
tiap-tiap yang bermasalah ada
penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada
penawarnya. Islam telah membuat beberapa
peraturan untuk mengatasi penyakit yg
disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita
melihat fakta yang jelas bahawa Nabi
Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir
dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin
A'sam. Peristiwa ini berlaku untuk
memberitahu kita bahwa terdapat ayat Al-
Qur'an yang dinamakan Al-Mu'awwizat, yakni:
beramal bersungguh-sungguh dan yakin
dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi
penawar.
Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang
dari kaedahnya ayat tersebut adalah
pengobat dan penyembur sihir. Nabi
Muhammad s.a.w. telah menyebut secara
rinci bahawa sihir itu boleh diobati
dengan membaca enam ayat pertama surah
Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-
Baqarah yakni:  ayat 255, 256 dan 257 dan tiga
ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-
ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh
yakin bahawa Allah S.W.T. boleh
menyembuhkan sihir.
Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-
1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286
Insyaallah sembuh./pra

Tidak ada komentar:

Posting Komentar